LiYa ProFiLe

My photo
LiMBaNg, SaRaWak, Malaysia
S.M.i.l.E

24 August 2008

My Sweetheart :-)

cerita pasal buah hati ku lah pulak. insan yang ke-4 pernah hadir dalam hatiku. sebelum ni semua mesti ada campuran cina. tapi kali ni melayu tulin. sebab aku memang suka nengok lelaki yang chaineslok. so dijadikan cerita, kami dah couple 2 tahun setengah. memang banyak dugaan lah. mula-mula mmg tak direstui mak n ayah. mungkin ada tentang dsebabkan aku masih menuntut. tapi berkat doa,alhamdulilah akhirnya kami di restui. aku tidak ada masalah bagi pihak sebelah family buah hati ku. diorg merestui perhubungan ini.

perkenalan kami bermula ngan kawan, selepas aku tingkatan 5. hanya sekadar kawan bicara. aku mendapat tawaran belajar di politeknik kuching dalam bidang Dip IT selama tiga tahun. semenjak d poli aku kecundang dalam percintaan banyak 2 kali. dia pun bercinta gak ngan budak kampung dia. tetapi sekejap je,bab dipermainkan. semenjak dia putus, n aku ada masalah dalam percintaan, kami sering berhubung. rupa2 ny semanjak kami berkawan dia menyimpan perasaan. cuma aku je yang tak perasan. patut lah caring semacam. bila aku putus cinta je, dia lah tempat aku menadu. dia banyak simpan rahsia aku. dia mcm pendengar setia aku. huhu.. tampa aku sedari,dia terluka.

putus cinta kali kedua,tamparan paling hebat bagi ku. nasib lah aku sambung pegajian selepas tamat politeknik. aku menjejakkan kaki d bumi jelapang padi. UUM, kedah. di sini lah megajar aku erti kehidupan. dia masih kawan aku yang setia. pendengar masalah ku. cuma semakin kurang dsebabkan sibuk dengan kerja masing-masing. cinta ketiga ku, ada lah kawan karib ku. tapi cuma seketika cuma. sebab, daripada kawan tukar kepada cinta amatlah sukar. bagus lagi menjadi kawan. ttp disebab kan itu jugaklah persahabatan kami renggang. dia,pastilah tempat aku mengadu lagi. n dia terluka lagi. sebab apa...dia tidak menyatakan perasaan sebenarnya. tetapi dia gembira dalam sedihny. sebab dia berazam akan mencuba mendapatkan ku.

pada mulanya aku sukar menerima apa yang diluahkannya. ya lah pendengar setiaku menyatakan rasia hatiny. naik rungsing aku dibuatny. tak kan kawan bertukar menjadi kekasih hati lagi. aduh! gawat ni. aku menolak dirinya, dengan mengatakan aku takut untuk kehilangan kawan lagi. maksudnya aku menolak. ya mmg aku kehilangan kawan. dia senyap begitu sahaja. mana lah pendengar setia ku.aku menjadi rindu. aku tercari-cari. jadi,aku pun membuat keputusan. menapa aku tidak mencuba. aku menghubungi nya. fuh lega, dapat. nasib tak hilang terus. hehehhe...so, aku pun bagi tahu dia aku cuba. tapi jangan paksa. selama 6 bulan hubungan tersebut baru lah timbul rasa sayang. susah tul nak tukar kawan kepada kekasih. dunia dunia...

so, bila dah sampai setahun hubungan tu baru lah mula nak bagi tahu mak bapak. susah nya nak cakap. mcm ada gam kat mulut. mmg mendapat tentangan, satu x-boy aku yang dulu lebih baik pkerjaan ny lagi pun mak bapak aku dah jumpa x-boy aku tu, tapi mak bapak aku tak tahu kenapa aku putus. x-boy aku dulu ada perempuan lain. emm...mlas nak cerita lah.. buah hati aku ni kerja kapal je. n selalu ge laut. kalau ge laut tu ada lah 3 bulan baru balik. sebab tu lah kot. hehehe...banyak sebab lagi. tapi aku tabahkan hati. aku tak melawan pun. n aku teruskan berkawan.. aku tahu hati diorg akan lembut. n alhamdulilah, doa aku d makbulkan. akhirkny hati mak aku lembut jugak. sebab apa..raya tahun lepas buah hati aku n satu rombongan family ny beraya kerumah. so tak kenal maka tak cinta. mak aku dapat terima. syukur sanggat2.

sekarang usia perhubungan kami dah mejangkau 2 tahun setengah. nak tahu kenapa aku jatuh cinta padanya? huhuhu..kerana cinta nya kepada agama. kerana aku tahu dia mampu mendidik aku dan bakal anak-anak ku menjadi insan yang meletakan Allah adalah sang cinta yang pertama harus di cintai. aku tahu cerita isi hati nya selapas aku menjadi kekasihnya.
doakan kebahagian ku wahai sang pembaca yang ku kasihi.


No comments: