LiYa ProFiLe

My photo
LiMBaNg, SaRaWak, Malaysia
S.M.i.l.E

29 October 2008

lalat oh lalat !!!!

Banyak perkara yang berlaku hari ni..tapi yang paling sedih sekali n yg aku tak dapat terima makan petang ku. Macam biasalah setiap petang aku, deb(rumate), mas n gda akan ge beli makanan kat cafe. n makanan fvrot ktorg ialah keay teow tomyam. memang sedap lah. hampirkan tiap2 hari order benda yang sama. ok, di pendekkan cerita..aku n gda makan tomyam dulu..deb kemudian. lepas aku dah nak hampir2 habis makan tu deb baru nak makan. rupa2 ny dalam keay teow deb tu ada lalat. apa lagi aku stop lah makan.. 2 ekor pulak tu. aku ni pantang kalau makanan ada benda2 yang tak sepatutny ada...tetapi ada kat makanan tu. aku leh menagis coz aku mmg anti ngan lalat. n sangat geli. taubat lah tak nak pergi dah cafe tu... n lepas ni kalau nak makan pun kenalah tengok2 dulu dapur diorg macam mana kan. :-(

28 October 2008

demam ahhhh...

Benci ny bila demam dah melanda. ditambah pulak ngan batuk. lambat lagi lah nak baik. dah seminggu aku demam. sebab apa? huhuhuhu...majlis konvoksyen uum ke 21 sidang kedua berlangsung pada 18-20 okt 2008. penat sangat coz jadi pegawai penyambut tetamu. hari petama lah terasa penat. hari kedua kaki nak jalan pun mcm org tua yang tak larat. sampai nak sembahyang pun,sembahyang duduk. sampai tu sekali. habis je 20hb tu esoknya demam terus. duduk je kat opis. nak makan pun tak de selera. bukan aku seorg je yang demam rupanya. rumet aku pun. emm..tak pernah keja penat sangat.
pengalaman berharga gak coz handle ibu bapa yang masuk dewan tuk nengok anak2 diorg konvo. rasa sebak,gembira,terharu ngan ibu bapa. tampa diorg anak mereka tak akan sampai ketahap tu. syabas kepada ibu bapa yang cemerlang mendidik anak mereka.. aku? aku tahun depan bulan mac baru konvo. tak sabar rasanya menjejakkan kaki naik ke dewan muhazam syah. nak hadiahkan mak sejambak bunga n bapak satu kucupan sayang dari seorg anak hadiah tanda terima kasih kerana menjadikan aku n adik2 aku yang lain cinta kepada pelajaran n Allah yang satu. tahniah kepada mereka. terima kasih yang tak terhingga. hanya Allah s.w.t yang tahu pegorbanan mereka selama ini mendidik kami tampa mengeluh sakitnya mencari duit. mereka idola ku... Semoga Allah s.w.t sentiasa bersama mereka n melindungi mereka.

23 October 2008

LAgu KesukaAn kU

Lirik Lagu Ungu - Andai Ku Tahu
Andai kutahu kapan tiba ajalkuku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku Andai kutahu kapan tiba masakuku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Reff:Aku takut akan semua dosa-dosakuAku takut dosa yang terus membayangiku Andai kutahu malaikatMukan menjemputkuIzinkan aku mengucap kata tobat padaMu

Back to Reff
Ampuni aku dari segala dosa-dosakuAmpuni aku menangisku bertobat padamu Aku manusia yang takut nerakaNamun aku juga tak pantas di surga Andai kutahu kapan tiba ajalkuIzinkan aku mengucap kata tobat padaMu

Back to Reff
Ampuni aku dari segala dosa-dosakuAmpuni aku menangisku bertobat padamu

09 October 2008

C.I.n.t.a

"Bercinta dengan orang yang mencintai kita, ibarat menjenguk kepintu syurga, tetapi berkahwin dengan orang yang kita cintai ibarat menjenguk ke pintu neraka." Syurgalah yang aku kejar. cinta Allah cinta yang satu.

05 October 2008

so sad...raya at ipoh..

pagi raya tersentuh gak nengok kawan salam ngan mak bapak dia. saya nak salam siapa... :( emm...mmg rasa nak balik raya kat tempat sendiri. emmm...raya tahun ni lah kenangan yang pahit n manis. yg manisny kt dapat kenal org lain..yang baik2 belaka. n suasana berbeza dari tempat sendiri. makan je tak henti2..sangat kenyang.

emm...hari ni dah start keja. malas ny.. masih lagi ada susana raya. hati nak balik raya....

29 September 2008

Tak Balik Raya Tahun nie...

sedih...emmm...tahun ni raya yang sedih lagi... tahun lepas adik meninggal d bulan ramadan.. tahun ni pulak tak balik raya... memang sedih... besarnya dugaan tuhan. kadang2 menagis d dalam hati.. sebab banyak benda lagi yang perlu d tempuh. banyak dugaan dan cabaran.

mungkin ada hikmah semua ni. tahun ni hanya doa d kejauhan tuk arwah adik n atuk. biasanya akan menziarahi kubur mereka d pagi2 raya. :(

09 September 2008

MerDeKa+PuaSa+PrIktiKaL

wala...lamanya tak tulis blog. line wireless so membosankan.. asyik tak de... tu lah senyap n sepi dunia ku tampa tenet. k..merdeka.. wah..so penat. mmg penat sangat bab d beri tugasan hendal budak2 perbarisan. tapi mmg pegalaman tak dapat d lupakan. wpun kalah tapi puas ngan usaha yang sekejap.. coz banyak benda yang berlaku dalam satu hari tu. syukur gak bab tanamkan semangat kemerdekaan dalam jiwa yang semakin pudar.

sehari lepas tu puasa. mmg bulan yng d nanti2kan. mmg nak sangat puasa...rindu ngan bulan ni.. wpun raya tak balik kampung..mmg lah menahan kesedihan. tapi ni mmg kewajipan.. puasa..mmg malas nak bangun sahur tahun ni. tak tahu kenapa..tak mcam2 puasa yang lepas. mungkin d sebabkan semangat raya kurang. sahur just bangun minum air n sembahyang subuh n tido balik... bangun nak turun keja dalam kul 7.30am. huhuhu...cepat2 lah bersiap. mentang2 lah opis dekat je... langsung tak risau nak datang lewat keja.

dalam2 puasa, otak sebok fikir pasal projek yang nak d siapakan dalam masa terdekat. emmm...tapi semangat nak buat tu tak ada...emmm..napa lah leh jadi macm ni ek... kuatkan lah semnagat n keinginan ku...huhuuhu...

aaa....

24 August 2008

My Sweetheart :-)

cerita pasal buah hati ku lah pulak. insan yang ke-4 pernah hadir dalam hatiku. sebelum ni semua mesti ada campuran cina. tapi kali ni melayu tulin. sebab aku memang suka nengok lelaki yang chaineslok. so dijadikan cerita, kami dah couple 2 tahun setengah. memang banyak dugaan lah. mula-mula mmg tak direstui mak n ayah. mungkin ada tentang dsebabkan aku masih menuntut. tapi berkat doa,alhamdulilah akhirnya kami di restui. aku tidak ada masalah bagi pihak sebelah family buah hati ku. diorg merestui perhubungan ini.

perkenalan kami bermula ngan kawan, selepas aku tingkatan 5. hanya sekadar kawan bicara. aku mendapat tawaran belajar di politeknik kuching dalam bidang Dip IT selama tiga tahun. semenjak d poli aku kecundang dalam percintaan banyak 2 kali. dia pun bercinta gak ngan budak kampung dia. tetapi sekejap je,bab dipermainkan. semenjak dia putus, n aku ada masalah dalam percintaan, kami sering berhubung. rupa2 ny semanjak kami berkawan dia menyimpan perasaan. cuma aku je yang tak perasan. patut lah caring semacam. bila aku putus cinta je, dia lah tempat aku menadu. dia banyak simpan rahsia aku. dia mcm pendengar setia aku. huhu.. tampa aku sedari,dia terluka.

putus cinta kali kedua,tamparan paling hebat bagi ku. nasib lah aku sambung pegajian selepas tamat politeknik. aku menjejakkan kaki d bumi jelapang padi. UUM, kedah. di sini lah megajar aku erti kehidupan. dia masih kawan aku yang setia. pendengar masalah ku. cuma semakin kurang dsebabkan sibuk dengan kerja masing-masing. cinta ketiga ku, ada lah kawan karib ku. tapi cuma seketika cuma. sebab, daripada kawan tukar kepada cinta amatlah sukar. bagus lagi menjadi kawan. ttp disebab kan itu jugaklah persahabatan kami renggang. dia,pastilah tempat aku mengadu lagi. n dia terluka lagi. sebab apa...dia tidak menyatakan perasaan sebenarnya. tetapi dia gembira dalam sedihny. sebab dia berazam akan mencuba mendapatkan ku.

pada mulanya aku sukar menerima apa yang diluahkannya. ya lah pendengar setiaku menyatakan rasia hatiny. naik rungsing aku dibuatny. tak kan kawan bertukar menjadi kekasih hati lagi. aduh! gawat ni. aku menolak dirinya, dengan mengatakan aku takut untuk kehilangan kawan lagi. maksudnya aku menolak. ya mmg aku kehilangan kawan. dia senyap begitu sahaja. mana lah pendengar setia ku.aku menjadi rindu. aku tercari-cari. jadi,aku pun membuat keputusan. menapa aku tidak mencuba. aku menghubungi nya. fuh lega, dapat. nasib tak hilang terus. hehehhe...so, aku pun bagi tahu dia aku cuba. tapi jangan paksa. selama 6 bulan hubungan tersebut baru lah timbul rasa sayang. susah tul nak tukar kawan kepada kekasih. dunia dunia...

so, bila dah sampai setahun hubungan tu baru lah mula nak bagi tahu mak bapak. susah nya nak cakap. mcm ada gam kat mulut. mmg mendapat tentangan, satu x-boy aku yang dulu lebih baik pkerjaan ny lagi pun mak bapak aku dah jumpa x-boy aku tu, tapi mak bapak aku tak tahu kenapa aku putus. x-boy aku dulu ada perempuan lain. emm...mlas nak cerita lah.. buah hati aku ni kerja kapal je. n selalu ge laut. kalau ge laut tu ada lah 3 bulan baru balik. sebab tu lah kot. hehehe...banyak sebab lagi. tapi aku tabahkan hati. aku tak melawan pun. n aku teruskan berkawan.. aku tahu hati diorg akan lembut. n alhamdulilah, doa aku d makbulkan. akhirkny hati mak aku lembut jugak. sebab apa..raya tahun lepas buah hati aku n satu rombongan family ny beraya kerumah. so tak kenal maka tak cinta. mak aku dapat terima. syukur sanggat2.

sekarang usia perhubungan kami dah mejangkau 2 tahun setengah. nak tahu kenapa aku jatuh cinta padanya? huhuhu..kerana cinta nya kepada agama. kerana aku tahu dia mampu mendidik aku dan bakal anak-anak ku menjadi insan yang meletakan Allah adalah sang cinta yang pertama harus di cintai. aku tahu cerita isi hati nya selapas aku menjadi kekasihnya.
doakan kebahagian ku wahai sang pembaca yang ku kasihi.


23 August 2008

kawan


HOHOHO... rasa nak tengok cerita sepi. bila lah rumate ku yang kepoh ni nak balik.. ha bercerita tentang rumate ku. dia seorg yang ceria. sangat2 ceria. siapa yang kat sebelah dia pun akan jadi ceria mcm dia gak.. dah 3 tahun kami jadi kawan sejati kat UUM ni. namanya deborah. kemana ada aku, d situ mesti ada dia. kami tak dapat di pisahkan. mmg dah kenal perangai dia. dia pun tau perangai sebenar aku. tanya je apa2 soalan kat dia pasal aku mesti dia jawap ngan baik punya lah. ni 5 hari dia balik kuching,swk. aku jadi senyap. emmm...kat poli dulu aku ada kawan sejati gak.. erna namany.. cun giler minah tu.. huhhu.. sama lah..kemana2 je berdua. emmm...kemana2 je aku pergi,mesti ada kwn sejati d sebelahku. kawan sejati ku d kampuang lak, dewi namany. aku kawan ngan dia dari sekolah rendah dah. sampai lah kami masuk U yg sama.. mmg rapat sanggat2. mcm adik beradik..kalau org jumpa pun ingat adik n kakak.. tampa diorg bertiga ni, siapa lah aku. rasa2 ny aku tak sanggup khilangan diorg. merekalah teman ketawa n menagis ku.

21 August 2008

Ku merindu...

aku merindu...pada insan yg jauh... My Family. waa....napa lah duduk berjauhan. adik...wa lindu sama lua org bro... dah lah raya akak tak balik...wa... napa lah kejam sangat peraturan...waaa....wa mau balik laya... hahahhaha...rindu sama my family.

20 August 2008

Boring Time


:) napa lah lambat ari ni.. tadi try download video opening olympic beijing 2008, tak de sangat. rugi tak nengok ari tu. diorg kata best. nyesal tak sudah ni. harap-harap tak terlepas penutupan. tak de keja kat opis..so ambil gambar lah.. bukan tak de keja. ada,tapi tersangat lah malas ny. due date lambat lagi. tu lah jadi malas sesanggat tu. rindu lah zaman study. emm kalau lah dapat ulang. kan best. rindu ngan kawan2 lama...

19 August 2008

nasi putih + ayam msk kunyit


wow.....nasi putih n ayam masak kunyit... dah jadi kegemaran dah. emmm....yam-yam... esok nak makan menu yg sama gak..

hari in ngantok giler dalam opis. mmg ngantuk sangat2. tak tahu lah napa..maybe puasa kot. otak pun malas nak fikir. tapi best bos tak de, dapat rehat puas-puas..

My First Blog

Hai.. ni first time aku wat blog... sebelum ni tak berjaya pun... mesti ada hal je yg menggangu.. now..dah ada diary harian..so luahkan segala2 nya kat blog kan.. so skrg ni nak ajar adik wat lak... bab ari tu dia tanya. cian..tak kesampaian lagi hajat ny.. emmm...tak banyak keja lak ari ni,bos tak de. so relax lah.. best priktikal kat DPP Sime Darby,UUM sintok ni. tak sabar lak nak abis.. emm..projek masih lum siap lagi...emmm banyak ny keja. bilalah laman web ni nak siap...?