LiYa ProFiLe

My photo
LiMBaNg, SaRaWak, Malaysia
S.M.i.l.E

23 May 2009

AkU <<>>

SaLLAMMMMMM..
Sorry sangat2 kat MakSu ternanti-nanti aku nak update blog. aku busy sangat-sangat..
14 Mei 2009
After balik interview, hari khamis minggu lepas aku wat RP malam tu.. mmg penat coz naik bus dari Miri.. aku cuti 2 hari ge miri tu. duduk kat rumah kakak Amy..Thanks alot coz tumpangakan tempat tido n makan. Jasa akak akan ku kenang sampai bila2. petang khamis tu dalam pukul 5.30ptg aku sampai ke Limbang tanah tumpah darah ku. balik rumah rehat2 dan sbyg. fuuuhhhhh...penat gler.. terasa sakit2 badan naik bus. malam tu aku wat RP kejap then tido terus.
15hb mei
dah lah hari jumaat. hari pac tuk aku. just ada masa 1jam je rehat dari pagi sampai thari tu. balik2 je mesti ada kerja. petang tu kena ge sekolah coz cikgu2 kena siapkan backdrop tuk kuiz kesihatan peringat negeri.. kena colour n ptong polistrin. alamak..tak hilang lagi penat malam semalam...ptg kena turun lagi. emm..nasib lah. tak pe lah aku kuatkan diri ku ini untuk turun ke sek. kalau ptg aku tak tido komfom malam tu aku kena tido awal... aku faham sangat dah ngan perangai aku ni. tapi...nak d jadikan cerita.. malam tu aku d ajak leh anty aku ge funfay lagi. aku rasa malas sangat nak ikut. coz aku bukannya nak main apa2 pun kalau ge sana...lagi pun aku penat sangat. tetapi kesian sangat kat anty aku yang beriye-iye nak ge..so aku rajinkan diri gak ge. tapi aku bagi tahu anty aku lah gak,tak dapat balik lambat coz esok aku ada aktiviti kena jual barang sempena majlis karnival pra-sek. so,kat funfay kerja aku ambil pic n video kazan2 n anak2 buah ku main. kesian kat aku. malam tu dalam kul 9.30 balik. so,tak banyak masa aku ambil..after call tunang aku,aku tido lah..
16hb mei
pagi2 lagi kena bangun awal...waaaaaaaaaaaaaaa....tak puasnya aku tido.. pagi tu dalam kul 7 aku kena ada kat dewan dah..susun2 meja n kerusi coz kena wat tapak tuk jual2 barang2 yang dibawa leh guru-guru. ada lagi 4 5 org cikgu yang ditugaskan ke dewan..selebihny ada yang ge sek tuk siapkan backdrop yang lum siap petang jumaat semalam. after susun2 barang tuk jualan atas meja..aku n cikgu sya cabut lari masuk dewan nengok budak2 menari. bukan apa,ramai sangat guru2 yang datang yang bertugas jaga gerai dari sek2 lain. lucu gak nengok gelagat2 budak2 ni menyanyi sambil menari. tengah hari tu aku dah balik dah...sepatutnya bertugas sampai petang.. aku mintak izin kat ayah aku selaku ketua gerai tak nak datang petang tu. so,dapat lah rehat. tapi mmg tido taham dewa lah. hehehehehhee....malam tu nengok AF sebab tu lah aku tak dapat nak online. YAHHHHOOOOO....HaFIZ MENANG. tapi malang gak lah malam tu...coz tempat aku blackout. dari kul 7 malam sampai kul 10.30pm.. dah separuh AF main. geram aku ngan pihak elektrik..lambat sangat...masalah ny satu LIMBANG kena black out. so aku msg kawan2 aku yang lain diorg pun sama gak...tengah menungu elektrik... dalam kul 10.30 tiba2 lampu kat bilik aku terbuka...terus aku lompat kat depan tv..nak buka tv.. bukanya buka lampu kat ruang tamu dulu.. hahahaa...time tu aril nyanyi...menyampah aku ngan C aril tu.. tapi malam tu aku puas... c Hafiz yang menang..bukan apa..tiap2 minggu tunjukkan persembahan yang terbaik.. berbaloi lah ngan kejuaraan dia.. HAFIZ "MAsiH JeLAS"
17hb Mei
Pagi-pagi aku dah kena tinggal lah ayah aku. bukan apa,pagi tu cikgu2 sek aku kena berkumpul d dewan tuk siapkan backdrop tu.. 2 hari dah wat kat sek bahagian mewarna n memotong bahan2. hari tu lak kena tampat kat dewan. bukan tu je...mmg banyak yang kena d buat. dari pagi sampai petang aku kat sana... thari tu makan beramai2 kat cafe. fuhhhh...mmg best. semua cikgu2 berikan kerjasama. best sangat..mingkin aku akan rindukan suasana mcm ni.. penat sangat mmg tak terkata lah. kena panjat tangga tuk tampat lah...kena bagi idea lah mcm mana tuk wat... ee...mmg malas nak wat. dugaan... petang tu after balik..rehat kejap...terus wat RP. siap print n tampal.. aku terus tido.. tak strika baju lagi.. lantak lah aku dah penat.
18hb Mei
pagi tu aku bergegas strika baju..hehehehe...ni lah perangai aku hari2 kalau nak tahu. aku capai je apa2 baju tuk mengajar hari tu.. dapat lah rehat hari ni coz sepatutnya petang aku kena ge dewan lagi...tapi ayah cakap tak payah...coz susah dia nak hantar n ambil nanti. lagi pun bukanya banyak kerja pun dah.
19hb Mei
kelas mcm biasa..wpun kelas mcm biasa...tapi nak wat paper exam lak.. dah lah kelas aku ajar Math, BM n PS.. kena wat paper.. nasib BM dah cikgu Jijah wat..then Math Kak Nory... thanks to all lah.. best gak cikgu2 ni. berkerjasama. ni yang aku sayang ni. hehehehehe.... bukan nak wat paper exam je. tapi kena wat ujian bulanan dan rivision.. tension ni...bukan apa..aku dah ajar tapi still tak tahu lagi. mcm mana ni..takut ny aku menghadapi minggu ujian ni. bukan murid yang berdebar.. aku yang takut.
20hb - 24hb Mei
aku duduk rumah je wat paper exam n kerja2 lain yang berlambak. selain tu aku kemas-kemas bilik aku yang dah mcm sarang penyamun. hahahaha.. ni lah diary aku tuk beberapa minggu ni.. heheheheh..
wat maksu yang menungu2 aku mengupdate blog...tengoklah perjalanan aku yang tak seberapa ni. heheh...

13 May 2009

My InTerVieW DaY "TeAcHer"

DAdaDAdaDAda....
penat sangat lah hari ni...sampai aku tak de mood sangat tuk wat apa... interview yang sanggat susah bagi aku...aku malas nak mengharap..mmg susah. dugaan... bukan susah,tapi geram benda yang senang aku tak dapat jawap...benda yang susah leh lah..sanggat2 geram..
nanti aku cerita.. ni just info.. coz tak de masa sangat pun nak tulis blok. k da.... hope saya berjaya..AMIN..

10 May 2009

sAYaNGGGG MAKKKKK "Muaaahhhhhh"

kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

09 May 2009

JUmaAt 8.5.2009

Hari Jumaat adalah hari busy aku..
penat nya aku hari tu.. jadual aku:-
7pagi-12thari = mengajar kat sek.
jadual mengajar hari Jumaat mmg full just 1 hour je rehat. aku tak suka jadual hari khamis n jumaat. bukan apa..aku akan masuk just kelas 2B n 3 subjek aku ajar ati tu. mat,bm n mz. masalah ny akan mnghadapi tekanan jiwa bila mgajar kelas tu. kan best kalau aku ni garang mcm singa. mesti diorg takut. masalahny aku ni tak garang...budak2 tak takut langsung pun. gaduh dalam kelas..nagis(kena pujuk). masalahnya bukan seorng dua yang akan menagis...ramai.. diorg ni mmg manja tau. aku tak pujuk nanti panjang lak nagis dia. penat ny. kalau aku masuk waktu BM ke,Mat ke...wpun MZ. mesti ada yang akan nagis. bayangkan kalau aku kena pujuk 2 org yang mengis dalam satu masa aku ajar tu.. 3 masa...wa..6 org. mmg mcm tu lah hari2. SENGAL lah....tapi memang aku mengamuk hari jumaat tu.. aku tanya kat kelas. "KELAS nak tengok cikgu marah tak?" aku cakap mcm tu coz budak2 ni lari-lari,main2 tak wat kerja n bising sangat kelas. diorg lak jawap apa "NAKKKKKKKKKKKKKKKK"...eh aku silap dengar ke apa? wah ni dah mmg mencabar kesabaran aku. diorg nak nengok aku marah rupanya. tapi ada sesetengah budak tu geram ngan kawan dia coz ckp NAK. apa lagi aku marah lah... aku mmg marah glier2. eeee...sakit ny hati aku. ha ambik ko..nasib aku marah2 tu waktu last...waktu nak balik. kalau aku marah dari pagi lagi..mesti terbawa2 sampai ke thari. dah ah..malas nak cerita.
petang kul 2-6 petang.
majlis penutupan pertandingan bola sepak sek menegah. jadi penyambut tetamu n penghidang lah pulak. mmg penat...dah kena pakai baju lawa2. tension ny....tak sukanya aku ngan kerja tu.. dulu pernah gak..tapi kampung lah. okey je jadi semat bunga...tapi yg ni tambahan lak.. mmg aku tak reti lah.... TAKUT. tapi dah lepas...malas aku nak ingat.
malam lak....
balik dah lah kul 6.. maghrip masuk 6.29..bergegas aku sbyg asar.. lepas sbyg asar aku mandi coz rasa berpeluh. lepas mandi mak aku lak ckp...anty aku nak bwk ge funfay after sbyg mghrip. pulak dah....wpun penat aku ge gak...aku bersiap cepat coz time aku mandi dah waktu mghrip dah. aku ni suka tukar2 baju kalau aku rasa tak berkenan..lama lah pulak bersiap..hehehheeh....dalam kul 7 suku dah jalan dah. kat funfay lah..aku mmg suka main permainan..cuma aku jenis yang tak tahan mesti pening.. mula2 tu main kereta...rm6 wei sekali main. then aku main lak sotong..pusing2. apa lagi...mmg tak nak dah main. aku loya2..nasib tak makan apa2 lagi sebelum ge sana..tu je lah permainan aku main. habis gak duit aku rm30. main tikam2... satu pun tak kena... tapi semalam, saja je nak lepaskan kepenatan. after balik tu,aku pening.
aku baring kat katil terasa mcm kat tempat pusing2 tu. ni mmg sah aku tak leh main benda2 mcm tu. aku call tunang aku...lepas abis bertel tu.. aku dgar radio.. yang pelikny aku tak ingat aku ada call tunang aku ke tak.. aku call tunang aku balik... hahaha...tunang aku kata aku in kenapa? HAHAHAHHAHAHAHA...tah lah...aku rasa aku pening lagi tu.nasib malam semalam je aku mcm tu..tak ingat apa2. hahahahhaa...aku ketawa kat diri aku sendiri...
SAY TAK NAK KAT MAINAN KAT FANFAY.
k lah...Tu lah hari JUMAAT aku.. hehehehe...da..

05 May 2009

aKu TeRtiPu

Hai Guys...............
Napa lah minggu ni menjadi minggu paling memcabar bagi aku. banyak sangat dugaan dan cabaran emosi dan minda. TERsangat sedihlah sekarang. aku nak nagis pun aku dah rasa penat. banyak sangat dugaan yang datang..aku pegang satu kata-kata je yang selama ini aku selalu bagi kat kawan karib aku. "ALLAH bagi dugaan kerana dia sayangkan Hamba-NYA".
kesah dia mcm ni, Hari ni after makan tgah hari aku rehat jap. sementara tu aku dengar2 lah radio,ingat kejap lagi lah sbyg zohor. top...top aku tertido. tiba-tiba aku terjaga ngan bunyi hp. aku tgok dekat skrin Amylia kawan aku sama mngajar ngan aku kat sek. ktorg sama2 guru ganti. aku dengar suara dia mcm sedih semacam je.. dia pun tanya aku 'wei hang nak dengar berita baik ke buruk?' alamak...suspen ni. aku pun kata mana-mana je lah...baik ke buruk aku akn dengar gak.. tak pe..dia kata dia bagi tahu yang baik dulu. urusan gaji ktorg tengah diuruskan, mungkin dalam minggu ni or minggu depan dapat. lega lah ckit coz nak ge KL ni ada lah duit aku gak.
Amy kata,wei dengar lah berita buruk dulu....'apa wei?'....'ko tahu tak yang gaji kita berapa?' hahahahhahahaahaaa....rm1116 tuk dua bulan. dia dapat rm1104 tuk 2 bulan...
GILLLEEERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR...
benda yang mengejutkan aku..
WOW...
satu kejutan kepada ku..
aku yang tgah2 mengantok ni leh jadi segar bugar.. apa lah yang berlaku ni? jadi tertanya2 dalam hati aku. so gaji aku sebulan rm558 je lah. Memang gler. memang aku rasa tertipu. lepas abis sembang ngan Amy aku terus cari surat tawaran kerja tu.. aku baca betul2. mmg gaji bulanan rm820-1119. orang yang buat gaji ni giler ke apa? mmg aku rasa nak bom. bagus aku kerja kat tempat aku tahu gaji aku berapa n tak lah aku berharap sangat. kalau lah diorg d tempat aku mmg akan rasa seperti yang aku rasa.. kerja bukan main lagi penat...tu je hasilnya. megecewakan... hati aku terus tawar dalam bidang perguruan.. mmg meyesal tak guna lah. aku minat sangat bidang ni...mmg cita2 aku dari dulu. tapi disebabkan benda ni..aku jadi benci dengan kejaya ni... penuh dengan penipuan dan tak berperikemanusian bagi ku..
AKU JADI BENCI BIDANG NI.....HELP.
Mak aku pulak tak berikan kerjasama..malas aku nak fkir...aku cari orang tuk luahkan apa aku rasa. Alia n Dewi sasaran aku.
AAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.....
mmg sakit hati tahap dineso lah... susah aku nak cakap perasaan aku sekarang ni...
AKU TERTIPU...

04 May 2009

PeRistiWa yAnG MeNyaYat HaTi

Baru-baru ni ada pristiwa yang menyayat hati ku berlaku. emm..sebenarnya lama dah. baru ni aku nak cerita.. aku teranaya.

Dulu time aku belajar kat poli aku ada seorang abg angkat.. family dia (isteri n anak dia) memang baik hati. memang tak berkira sangat lah,sangat baik. k ni dah 4 tahun berlalu,so abang angkat aku tu kerja kat Z-COn salah sebuah syarikat d kuching sarawak. nak dijadikan cerita, time abang angkat aku ni makan ngan staf-staf lain,dia minta diri jap ge toilet. n bos dia ni check lah telbinbit a.angkat aku ni. dia ambil no aku kat tel binbit tu. a.angkat aku tulis dalam tu 'adik liya'. dia minta izin kat a.angkat aku ni nak berkenalan ngan 'budak' ni.

aku pulak banyak lah terima msg yang mengangu ketenteraman jiwa. aku tak layan n aku marah lah. coz aku mmg benci org2 mesteri ni. last2 dia bagi tahu lah dia siapa n dari mana dia dapat no aku...aku cuba call a.angkat aku nak bagi tahu dia tolong lah jangan bagi2 no aku kat org. nasib tak kesampaian aku call a.angkat aku tu,kalau tak percuma2 je kena marah ngan aku. semenjak tu budak tu asyik2 je call..kedang-kadang aku angkat gak.

peristiwa yang menyayat hati bermula begini. kat sekolah,cikgu Azlina(kwn aku sek menegah) mintak no tel aku. aku pun bagi lah.. tapi aku pulak tak lah mintak no dia, aku tunggu je lah dia sms ke kat aku. k satu malam tu.. ada no baru msg aku tanya khabar. aku pun tanya lah dia siapa?...dia pun kata 'cuba teka'. secara aotomatik aku teringat azlina coz dia baru je minta no aku. aku pun balas balik 'azlina'. cepat je nombor tu balas..'ha ah aku azlina'.(terus aku save no tu dalam hb aku sebagai cikgu azlina) then aku balas balik..'oh ko lina,napa?' dia pun balas 'saja nak sms'..aku balas balik 'ko tak tido lagi ke?' coz time tu dah kul 10.45malam. esok nak mengajar lagi. dia balas 'nak picture'. eh..aku pun pelik..napa lah azlina nak picture. wpun pelik aku send gak picture aku maybe tuk simpanan dia kot,pic aku send ni pulak pic aku tengah terbaring kat katil mmg aksi manja lah,kalau bagi sesama perempuan ni aku tak kesah. aku langsung tak sangka apa2. lepas tu aku terima mms pic seorang lelaki dari no pon tu. aku sms azlina 'wei hang salah hantar pic ni,kenapa hang hantar kat aku pic lelaki?'

tiba-tiba dia balas, saya lah 'SYAH' bukan 'azlina'. terkejut beruk aku.. mmg marah sangat2 lah. napa lah dia wat mcm tu. aku pun kata kat dia 'wei baik ko padam pic aku tu,kalau tak jaga ko..mmg kena bom kuching tu nanti'. dia balas apa...'sayang nak buang pic ni,nak simpan dalam hp'. mmg sakit hati lah malam tu..aku mmg dah marah, terus aku tukar nama dia dalam hp aku tu. rupa2nya dia tukar no...mmg satu taktik yang berkesan lah. aku send kat dia lagi 'tak baik tau anyiaya org yang teraniaya'. k dia kata dah padam pun. lega lah hati aku ckit. wpun ada was2. semenjak hari tu kalau ada no misteri aku mmg tak layan langsung. aku takut berulang kembali.

yang menjadikan cerita ni semakin panjang,baru2 ni abang angkat aku ada call. dia kata dia ternampak pic aku kat hp bos dia. siap jadi wallpaper lagi. aku rasa nak menagis lah pulak time tu. napa lah budak tu mmg b--l-l dan k-j- lah. abang angkat aku call baru lah dia cerita,bukan dia yang bagi no tu..budak tu yang ambil kat hp dia. coz aku ingat nak marah dia sekali. aku mintak tolong lah kat abg angkat aku tu padamkan pic tu. dia kata nanti dia cuba. pic tu biasa je (pakai baju tido lagi),tapi yang segan tu napa lak jadi walpaper dia. abg angkat aku minta maaf lah banyak2 dia kata coz tak sangka budak tu mcm tu. sedangkan SYAH tu tahu aku ni tunangan org dah. abg angkat aku je baru tahu time dia call tu aku dah bertunang.

buat korang-korang yang belum kena setuasi mcm aku ni jaga-jaga lah. tambahan lagi time dah ada ikatan pertunangan ni.. MENAKUTKAN. leh jadi putus tunang nanti disebabkan benda-benda kecil mcm ni. jauh-jauhkan lah benda2 mcm ni. tapi aku dah ceritakan semuanya kat tunang aku. dia sedih...tapi dia kata lepas ni kena hati2. jangan mudah percaya kat siapa2. eeemmmmmmmmmm...okey dah abis dah aku cerita ni.. selamat membaca.

03 May 2009

"GhoSt"

Cerita melayu drama paling best yang pernah aku nengok. "GhosT" setiap pukul 10.30 malam hari Ahad. Dulu aku tak perasan pun kewujudan dia. sekarang dah season 2. tu pun aku tahu secara mesteri. ada orang hantar sms kat aku. aku mmg tak tahu siapa dia tu. dia send cakap dia tak nak terlepas memonton cerita "GhosT" ni sebab tu dia still kat opis. aku reply balik tanya siapa dia,dia tak balas. sakit ny hati aku. aku pun angap dia org misteri, semisteri cerita "GhosT" season 2 ni. siapa tak tenggok first season tak yah lah nak nengok yang secound.
Sekarang ni aku tengah nengok sambil tulis blog. mmg sayang gler nak terlepas setiap babak cerita ni. Jum guy, kita saksikan beramai-ramai cerita ni.. daaaaaaaaa......n good nite tuk hari ni.

SAkiT ny KePala

bila fikirkan pasal kerja banyak nya kerja aku.
sakit kepala di buatnya. tak sabar nak menanti 29hb mei ni.
hari last aku mengajar. tak sabarnya nak habis.
ada tak kerja yang senang gler tapi leh dapat duit banyak.
heheheh...mesti tak de kan. mesti dengan usaha keras n tak putus asa.

JaGa-jaGa AnaK KoranG

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.> Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

BE SURE TO FORWARD THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE !

Message from NAIMz(Thanks for the good information)

02 May 2009

"MaK aKu DaH sTart CriTa BaJu PeGanTiN"

Alamak...
mak aku dah tercari-cari warna tuk baju naik kawin..
menakutkan. Adakah mimpi ular akan menjadi satu perhubungan.
alamak...aku pening memikirkan apa org tua aku fikir. dia nak cepat ke apa?
tapi kat rumah ni aku dan adik ku yang bertunang. yang pasti aku tak sedia lagi..
tak kan mak n ayah aku rancang sesuatu yang kami tak tahu. jangan menakutakn aku.
aku tak kerja tetap lagi ni. mana nak cari duit wat masa ni. aku tahu lah diorg ada duit. aku yang nak meneruskan hidup after kawin mcm mana?
Aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

mIMpi UlAr

XXXXXX.....aku baru je terjaga dari tido petang. kan aku suka tido petang. nak dijadikan cerita, aku sejak kebelakangan ni kalau mimpi mesti betul..n aku mesti akan mentafsikan sendiri dalam kehidupan seharian ku. sebelum KPLI keluar aku mimpi aku tengah access ternet. n memag dalam skrin tu tertera "Maaf anda gagal menduduki temuduga KPLI". dan ternyata ia betul n berlaku. kalau aku bermimpi aku akan berusaha mengigati mimpi yang aku alami.
mimpi aku petang ni dasyat. menakutkan aku je. bisalah mimpi. k,mimpi aku aku berada di sebuah kawasan persekolahan. dihadapan bangunan bilik guru tu ada kolam..tapi tertutup dengan kayu. satu hari tu,bila kayu tersingkap aku boleh nampak ada ular sawa oren dalam kolam tu. tapi aku wat diam tak bagi tahu sesiapa. dan permukaan prigi tu tertutup balik leh kayu. k seterusnya..selang beberapa ketika,ular tu keluar dan makan orang.. aku pun apa lagi takut lah n lari. then,aku saembunyi dalam bagunan guru tu.. ular tu makan budak. bila aku lari je dari tempat sembunyi aku, dia terus terkam...bukan main besar ular sawa tu...tapi aku selamat coz aku pijak2 je ular tu.. tapi sayang tak mati... then aku larikan diri..tapi dia kejar. yang lawaknya ular tu siap tanya lagi ngan ayah aku, kat mana aku sembunyi.. berkejar2 sekeliling bangunan tu je sebenarnya. mungkin dia nak balas dendam kat aku coz cederakan dia. tapi dia jumpa org tak makan pulak after tu..dia kejar aku je..mana akt tak takut. asyek berkejar2 je... then sampailah aku terjaga. lemah terus badan aku after terjaga.
apa maksud mimpi tu? ahhhhhhhhhhhhahaahhaha...HELP. naik bulu roma aku sambil taip blog ni. lalu aku terfikir ular sawa yang pernah di jumpai di sungai sarawak time banjir baru2 ni. menakutkan.... ular tu mmg besar. tapi just di dalam video HP je... ular tu kat mana skrg? wei...tolong. jangan kerana mimpi hidup aku ketakutan.

01 May 2009

Hari Yang Menyedihkan.

Top..TOP..Top..TOP..

dalam hidup ni, ada benda yang menyedihkan dan mgembirakan, megecewakan dan melemahkan semangat. itu lah yang aku hadapi buat masa ini. mungkin ada hikmah dan sebab. pulihkan diri dan hati mengharungi dugaan mencabar minda dan emosi.

benda pertama yang menyebabkan air mata mengalir dan mata lebam after bangun tido. mmg aku tak sangka-sangka akan berlaku sedangkan benda ni aku dah boleh agak akan berlaku. perginya insan yang baik hati dan penyanyang. hadir dalam hidup ini sebagai seorang atuk, ayah, pakcik dan segala-galanya boleh. syukur kepada ALLAH aku dipertemuakn dengan insan yang mulia. 'PAK TEH' satu nama yang akan aku ingat dan kenang kebaikan dan ketulusan hatinya. 30hb march 2009 pertemuan terakhir aku dengan keluarga pakteh sebelum aku kembali ke Sarawak selepas menghadiri majlis konvo. aku mmg hendak mempertemukan mak ayah dengan insan teristemewa itu. Pakteh dan makteh gembira menerima kehadikan kami. di dalam hati ku berkata ini mungkin menjadi pertemuan terakhir kami. aku gunakan masa yang ada untuk berbual2.
pakteh banyak memberi nasihat. nasihat dia yang masih segar dalam ingatan ku "bila dah berjaya jangan abaikan org tua". Insyallah Pak Teh,selagi hati ini teruh dengan pendirian yang teguh.. memang aku rasa pakteh lain pada hari itu. dia mcam sakit dan berkali-kali aku bertanya pakteh sihat ke ni? mcm sakit? dia kata sihat cuma kurang tido. tapi memang nampak perubahan pada pakteh. macam dia sembunyikan sesuatu. mmg nampak dia tak sehat. last sekali aku jumpa dia sebelum 30hb march tu adalah hari raya haji tahun lepas. sebab tu mmg terasa perubahan dia. semalam 30hb April 2009 pukul 10 malam Pak Teh pergi. perkabaran dari Maksu dan bila Maksu sebut Pak Teh..secara otomatik di minda aku Pak Teh pergi meninggalkan kami wat selama2ny.
Orang yang akan paling bersedih Mak Teh. Makteh insan yang mulia dan baik hati. Mak Teh macam mana lah keadaan mak teh wat masa ni. aku takut hendak menghubungi Makteh,bukan apa takut nak menagis bila dengar suara dia. Hope Allah kuatkan semangat bila aku call mak teh nanti. Thank sangat-sangat kat maksu memperkenalkan Pak teh n Mak teh yang berhati mulia tu. Semoga roh Pakteh dicucuri rahmat. Doa ku sentiasa mengiringi pemergiannya. Al-Fatehah.

perkara kedua yang terjadi n megecewakan aku my KPLI. aku kecewa sangat-sangat tak dapat. tapi tak lah sampai nak nagis. kecewa je. coz mungkin belum lagi nak rezeki. antara banyak-banyak aku tahu..seorang je yang dapat. MAS..tahniah tuk mas. rezeki dia dah datang. hope dia lulus temuduga tu. Amin. mmg susah exam n temuduga. Tuk mas kuatkan semngat dan tambah ilmu sebelum melalui temuduga. k.

benda seterusnya yang berlaku,anak murid. Aku baru semak buku aktiviti maths diorg. wah...mmg terkejut. buat latihan diorg jawap suka hati je.. apa2 nombor je diorg tulis. tak semua lah student wat mcm tu. tapi mmg terguris gak hati coz banyak dah aku beri dan ajar.. aku kuatkan semngat ajar kelas tu. aku ketepikan apa org kata. mmg aku beri 101% kepada diorg tapi hasil yang aku dapat langsung tak memuaskan. kerja rumah ramai yang tak buat. mungkin aku kurang memberikan tumpuan kedapa mereka yang aku angap leh wat. tu lah aku kena tanam dalam diri aku kena berikan tumpuan yang penuh kepada sesetengah budak ni. Hope aku dapat ubah mereka cintakan buku sebelum aku berundur diri meningalkan diorg. tinggal 4 minggu lagi aku habis. emm..penat nya menungu. gaji tak dapat lagi. :(

k benda yang terlast berlaku. ia tak de kaitan ngan aku. tapi hati aku terasa gak. benda ni berlaku kat kawan aku d kedah. petang after tahu result KPLI tu aku chat ngan kawan aku. ktorg sembang2 lah gak. tapi nampak sangat lah dia kecewa tak dapat KPLI tu. tapi mcm sedih sangat lah dia. rupa-rupanya ada benda yang menyedihkan berlaku kat dia. dia n kekasih dia sejak kebelakangan ni gaduh. mmg kerap gaduh n kawan aku dapat rasa perubahan kat kekasih dia. dan baru-baru ni dia gaduh kekasih dia cakap "tak pernah terlintas difikiran dia nak ambil kawan aku sebagai isteri dia". WAHHH...bukan main terkejut dia ngan kata2 tu. aku yang dengar cerita dia ni dapat rasa apa yang dia rasa.. kalau benda tu terjadi kat aku, mmg hancur terus hati aku. mmg tak caya 110% kat dia dah. aku doakan kawan2 aku hidup bahagia. mmg terasa kesedihan diorg. kesian tul kat kawan aku tu.. tak pelah dunia ni banyak dugaan. hari ni hari dia. aku dah merasa dulu putus. mmg sakit n kena kuatkan emosi n diri.

k lah banyak benda yang aku cerita kan...kalau korang baca tu mmg rajin lah tu. k hope ada hari mengembirakan aku satu hari nanti. Amin.