LiYa ProFiLe
29 August 2009
CinTA RaMAdaN
18 August 2009
I MisS My BlOg
06 July 2009
Mencintai Mu adaLah BahaGia Untuk Ku
Macam mana aku dapat ONLINE ni?
Macam mana aku dapat ONLINE ni?
My New Job…
Aku mengajar kat SK Miri…memang dalam negeri Sarawak tapi daerah berlainan. Aku duk ngan makcik n family. Walaupun tak rapat sangat ngan anty tu tapi puas hati lah coz dapat rapatkan perhubungan. Terasa macam duk rumah sendiri lak. TQs aunty.
My Cousin Wadding 6-7 Jun 2009
Family Vacation to Kuala Lumpur for my PAPA Convocation.
Kat rumah pulak jadi ketua keluarga. Adik-adik aku yang ramai tu n termasuk aku lagi yang ayah kena fikirkan. Dari segi kewangan n segala2nya. Memang time ayah belajar…memeningkan,kewangan memang tahap parah. Tapi kuat semangat gak ayah n mak.
Time ayah belajar, adik perempuan aku pergi tinggalkan kami semua. Allah lebih menyayangi dia. Aku tahu ayah sedih,anak kesayangan dia pergi dalam waktu masih muda.. tapi dah ketentuan Allah.. Al-Fatihah tuk adik aku.. Hairuniza Bt Umar.
Selama 3 tahun ayah ulang alik Limbang-Kuching (14 hours ) tuk habiskan.. ayah pun tamat pegajian pada bulan Ogos 2008. Tapi convocationnya pada 2 Jun 2009. Ijazah dalam pengurusan pendidikan dengan kepujian. Tahniah ayah. Ni aku sertakan pic convocation ayah.. huhuhuhu… Happy Vacation to KL with my Best Friend, Best Aunty, n My Family.
I’m come BACK…
23 May 2009
AkU <<>>
13 May 2009
My InTerVieW DaY "TeAcHer"
10 May 2009
sAYaNGGGG MAKKKKK "Muaaahhhhhh"
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
09 May 2009
JUmaAt 8.5.2009
05 May 2009
aKu TeRtiPu
04 May 2009
PeRistiWa yAnG MeNyaYat HaTi
Baru-baru ni ada pristiwa yang menyayat hati ku berlaku. emm..sebenarnya lama dah. baru ni aku nak cerita.. aku teranaya.
Dulu time aku belajar kat poli aku ada seorang abg angkat.. family dia (isteri n anak dia) memang baik hati. memang tak berkira sangat lah,sangat baik. k ni dah 4 tahun berlalu,so abang angkat aku tu kerja kat Z-COn salah sebuah syarikat d kuching sarawak. nak dijadikan cerita, time abang angkat aku ni makan ngan staf-staf lain,dia minta diri jap ge toilet. n bos dia ni check lah telbinbit a.angkat aku ni. dia ambil no aku kat tel binbit tu. a.angkat aku tulis dalam tu 'adik liya'. dia minta izin kat a.angkat aku ni nak berkenalan ngan 'budak' ni.
aku pulak banyak lah terima msg yang mengangu ketenteraman jiwa. aku tak layan n aku marah lah. coz aku mmg benci org2 mesteri ni. last2 dia bagi tahu lah dia siapa n dari mana dia dapat no aku...aku cuba call a.angkat aku nak bagi tahu dia tolong lah jangan bagi2 no aku kat org. nasib tak kesampaian aku call a.angkat aku tu,kalau tak percuma2 je kena marah ngan aku. semenjak tu budak tu asyik2 je call..kedang-kadang aku angkat gak.
peristiwa yang menyayat hati bermula begini. kat sekolah,cikgu Azlina(kwn aku sek menegah) mintak no tel aku. aku pun bagi lah.. tapi aku pulak tak lah mintak no dia, aku tunggu je lah dia sms ke kat aku. k satu malam tu.. ada no baru msg aku tanya khabar. aku pun tanya lah dia siapa?...dia pun kata 'cuba teka'. secara aotomatik aku teringat azlina coz dia baru je minta no aku. aku pun balas balik 'azlina'. cepat je nombor tu balas..'ha ah aku azlina'.(terus aku save no tu dalam hb aku sebagai cikgu azlina) then aku balas balik..'oh ko lina,napa?' dia pun balas 'saja nak sms'..aku balas balik 'ko tak tido lagi ke?' coz time tu dah kul 10.45malam. esok nak mengajar lagi. dia balas 'nak picture'. eh..aku pun pelik..napa lah azlina nak picture. wpun pelik aku send gak picture aku maybe tuk simpanan dia kot,pic aku send ni pulak pic aku tengah terbaring kat katil mmg aksi manja lah,kalau bagi sesama perempuan ni aku tak kesah. aku langsung tak sangka apa2. lepas tu aku terima mms pic seorang lelaki dari no pon tu. aku sms azlina 'wei hang salah hantar pic ni,kenapa hang hantar kat aku pic lelaki?'
tiba-tiba dia balas, saya lah 'SYAH' bukan 'azlina'. terkejut beruk aku.. mmg marah sangat2 lah. napa lah dia wat mcm tu. aku pun kata kat dia 'wei baik ko padam pic aku tu,kalau tak jaga ko..mmg kena bom kuching tu nanti'. dia balas apa...'sayang nak buang pic ni,nak simpan dalam hp'. mmg sakit hati lah malam tu..aku mmg dah marah, terus aku tukar nama dia dalam hp aku tu. rupa2nya dia tukar no...mmg satu taktik yang berkesan lah. aku send kat dia lagi 'tak baik tau anyiaya org yang teraniaya'. k dia kata dah padam pun. lega lah hati aku ckit. wpun ada was2. semenjak hari tu kalau ada no misteri aku mmg tak layan langsung. aku takut berulang kembali.
yang menjadikan cerita ni semakin panjang,baru2 ni abang angkat aku ada call. dia kata dia ternampak pic aku kat hp bos dia. siap jadi wallpaper lagi. aku rasa nak menagis lah pulak time tu. napa lah budak tu mmg b--l-l dan k-j- lah. abang angkat aku call baru lah dia cerita,bukan dia yang bagi no tu..budak tu yang ambil kat hp dia. coz aku ingat nak marah dia sekali. aku mintak tolong lah kat abg angkat aku tu padamkan pic tu. dia kata nanti dia cuba. pic tu biasa je (pakai baju tido lagi),tapi yang segan tu napa lak jadi walpaper dia. abg angkat aku minta maaf lah banyak2 dia kata coz tak sangka budak tu mcm tu. sedangkan SYAH tu tahu aku ni tunangan org dah. abg angkat aku je baru tahu time dia call tu aku dah bertunang.
buat korang-korang yang belum kena setuasi mcm aku ni jaga-jaga lah. tambahan lagi time dah ada ikatan pertunangan ni.. MENAKUTKAN. leh jadi putus tunang nanti disebabkan benda-benda kecil mcm ni. jauh-jauhkan lah benda2 mcm ni. tapi aku dah ceritakan semuanya kat tunang aku. dia sedih...tapi dia kata lepas ni kena hati2. jangan mudah percaya kat siapa2. eeemmmmmmmmmm...okey dah abis dah aku cerita ni.. selamat membaca.
03 May 2009
"GhoSt"
SAkiT ny KePala
JaGa-jaGa AnaK KoranG
Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.> Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.
SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !
BE SURE TO FORWARD THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE !
Message from NAIMz(Thanks for the good information)
02 May 2009
"MaK aKu DaH sTart CriTa BaJu PeGanTiN"
mIMpi UlAr
01 May 2009
Hari Yang Menyedihkan.
dalam hidup ni, ada benda yang menyedihkan dan mgembirakan, megecewakan dan melemahkan semangat. itu lah yang aku hadapi buat masa ini. mungkin ada hikmah dan sebab. pulihkan diri dan hati mengharungi dugaan mencabar minda dan emosi.
benda pertama yang menyebabkan air mata mengalir dan mata lebam after bangun tido. mmg aku tak sangka-sangka akan berlaku sedangkan benda ni aku dah boleh agak akan berlaku. perginya insan yang baik hati dan penyanyang. hadir dalam hidup ini sebagai seorang atuk, ayah, pakcik dan segala-galanya boleh. syukur kepada ALLAH aku dipertemuakn dengan insan yang mulia. 'PAK TEH' satu nama yang akan aku ingat dan kenang kebaikan dan ketulusan hatinya. 30hb march 2009 pertemuan terakhir aku dengan keluarga pakteh sebelum aku kembali ke Sarawak selepas menghadiri majlis konvo. aku mmg hendak mempertemukan mak ayah dengan insan teristemewa itu. Pakteh dan makteh gembira menerima kehadikan kami. di dalam hati ku berkata ini mungkin menjadi pertemuan terakhir kami. aku gunakan masa yang ada untuk berbual2.
pakteh banyak memberi nasihat. nasihat dia yang masih segar dalam ingatan ku "bila dah berjaya jangan abaikan org tua". Insyallah Pak Teh,selagi hati ini teruh dengan pendirian yang teguh.. memang aku rasa pakteh lain pada hari itu. dia mcam sakit dan berkali-kali aku bertanya pakteh sihat ke ni? mcm sakit? dia kata sihat cuma kurang tido. tapi memang nampak perubahan pada pakteh. macam dia sembunyikan sesuatu. mmg nampak dia tak sehat. last sekali aku jumpa dia sebelum 30hb march tu adalah hari raya haji tahun lepas. sebab tu mmg terasa perubahan dia. semalam 30hb April 2009 pukul 10 malam Pak Teh pergi. perkabaran dari Maksu dan bila Maksu sebut Pak Teh..secara otomatik di minda aku Pak Teh pergi meninggalkan kami wat selama2ny.
Orang yang akan paling bersedih Mak Teh. Makteh insan yang mulia dan baik hati. Mak Teh macam mana lah keadaan mak teh wat masa ni. aku takut hendak menghubungi Makteh,bukan apa takut nak menagis bila dengar suara dia. Hope Allah kuatkan semangat bila aku call mak teh nanti. Thank sangat-sangat kat maksu memperkenalkan Pak teh n Mak teh yang berhati mulia tu. Semoga roh Pakteh dicucuri rahmat. Doa ku sentiasa mengiringi pemergiannya. Al-Fatehah.
perkara kedua yang terjadi n megecewakan aku my KPLI. aku kecewa sangat-sangat tak dapat. tapi tak lah sampai nak nagis. kecewa je. coz mungkin belum lagi nak rezeki. antara banyak-banyak aku tahu..seorang je yang dapat. MAS..tahniah tuk mas. rezeki dia dah datang. hope dia lulus temuduga tu. Amin. mmg susah exam n temuduga. Tuk mas kuatkan semngat dan tambah ilmu sebelum melalui temuduga. k.
benda seterusnya yang berlaku,anak murid. Aku baru semak buku aktiviti maths diorg. wah...mmg terkejut. buat latihan diorg jawap suka hati je.. apa2 nombor je diorg tulis. tak semua lah student wat mcm tu. tapi mmg terguris gak hati coz banyak dah aku beri dan ajar.. aku kuatkan semngat ajar kelas tu. aku ketepikan apa org kata. mmg aku beri 101% kepada diorg tapi hasil yang aku dapat langsung tak memuaskan. kerja rumah ramai yang tak buat. mungkin aku kurang memberikan tumpuan kedapa mereka yang aku angap leh wat. tu lah aku kena tanam dalam diri aku kena berikan tumpuan yang penuh kepada sesetengah budak ni. Hope aku dapat ubah mereka cintakan buku sebelum aku berundur diri meningalkan diorg. tinggal 4 minggu lagi aku habis. emm..penat nya menungu. gaji tak dapat lagi. :(
k benda yang terlast berlaku. ia tak de kaitan ngan aku. tapi hati aku terasa gak. benda ni berlaku kat kawan aku d kedah. petang after tahu result KPLI tu aku chat ngan kawan aku. ktorg sembang2 lah gak. tapi nampak sangat lah dia kecewa tak dapat KPLI tu. tapi mcm sedih sangat lah dia. rupa-rupanya ada benda yang menyedihkan berlaku kat dia. dia n kekasih dia sejak kebelakangan ni gaduh. mmg kerap gaduh n kawan aku dapat rasa perubahan kat kekasih dia. dan baru-baru ni dia gaduh kekasih dia cakap "tak pernah terlintas difikiran dia nak ambil kawan aku sebagai isteri dia". WAHHH...bukan main terkejut dia ngan kata2 tu. aku yang dengar cerita dia ni dapat rasa apa yang dia rasa.. kalau benda tu terjadi kat aku, mmg hancur terus hati aku. mmg tak caya 110% kat dia dah. aku doakan kawan2 aku hidup bahagia. mmg terasa kesedihan diorg. kesian tul kat kawan aku tu.. tak pelah dunia ni banyak dugaan. hari ni hari dia. aku dah merasa dulu putus. mmg sakit n kena kuatkan emosi n diri.
k lah banyak benda yang aku cerita kan...kalau korang baca tu mmg rajin lah tu. k hope ada hari mengembirakan aku satu hari nanti. Amin.
27 April 2009
Miss My Students..:(
16 April 2009
Miss My 'Tunang' so Much..
13 April 2009
Allah Maha Besar
semua kerja mesti lambat nak di buat.
sebenarnya banyak kerja tak wat lagi ni. emm..kalau fikir2kan sebenarnya banyak masa yang terbuang. semenjak kerja ni aku jadi seorang yang sangat sukakan tido.. hobi tu bertapak dah dalam diri ku ini.. mcm mana lah aku nak kikis ek.
18 April ni ujian mTest tuk DPLI lak.. hope rezeki ada lah.. nak dapatkan gaji yang mamtop ckit. KPLI hari tu pun main hentam coz bergegas nak ge Konvo. kuatkan semangat je lah hari tu. bukan apa,rezeki ada d mana2. hope dapat. takut sebenarnya menghadapi masa hadapan.. takut aku tak mampu nak buat. tapi kalau benda yang aku minat, aku mesti akan suka tuk buat. k,lah tunggu lah keputusan DPLI n KPLI beberapa bulan dari sekarang. Amin mudahan rezeki ku di perluaskan dan di permudahkan. Amin.
12 April 2009
My Engagement and Konvocation Day
11 April 2009
First Time Kerja Cari Duit
20 February 2009
12 February 2009
Obsis Cari Kerja
cerita pasal cari kerja..memang pening. kadang-kadang ada kerja datang sendiri tampa di minta. nak di jadikan cerita, kawan lya ada call. dia suruh ganti tempat kerja dia jadi penjaga counter d TM Point. salary dalam rm1000..(mcm tak caya je). memang comform dapat coz kawan mintak gantikan dia terus. just hantar resume. okey..terpaksa di tolak walaupun hati terlonjat2 nak. emm..bukan apa, kalau dia bagi masa seminggu ke or tak pun 2 3 hari je.. memang leh ambil. ni tak..hari ni call esok nak. tak terdaya den di buatnya.. nak cari rumah sewa lagi. poning2. doa dalam hati...Ya Allah,bukakan lah pintu rezeki ku lagi.
Sekarang ni kawan2 yang baru je graduet busy isi DPLI. wa...aku pun turut serta mengisi. mudah2han lah dapat. walaupun sukar, aku berdoa semoga di permudahkan ujian MedSI n temuduga. aku tahu bukan nya mudah.
kerja oh kerja...